Pengikut

Khamis, 11 Ogos 2011

Pasal Jerawat Lagi....

Tips ni aku dapat dari satu lawan web iaitu lepak.org pasai nak cegah jerawat....Mai kita baca sama-sama no...

•Rajin membersihkan muka/wajah

Salah satu penyebab timbulnya jerawat adalah kotoran dan bakteria pada wajah. Dengan mencuci muka atau membersihkan wajah menggunakan pembersih muka, ianya dapat segera menyingkirkan kotoran dan bakteria yang ada. Carilah pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Lain orang lain kulit, jadi tak semestinya satu ubat sesuai dengan semua orang.

Jawapan aku:
Aku baru guna pencuci baru..agaknya pencuci tu x sesuai ngan aku kot..tu muka naik jerawat kot no...

•Singkirkan rambut dari wajah

Rambut akan menjadi kotor dan berminyak ketika kita melakukan aktiviti seharian. Bila rambut menyentuh wajah, maka kotoran tersebut dapat pindah ke wajah kita dan dapat menimbulkan jerawat.
Cuci sarung bantal, selimut dan sarung tilam secara berkala

Jawapan aku:
Yang ni mungkin tak berkaitan ngan aku kot..sebab rambut aku xsampai kat muka pun..ikat sokmo...hehehe

Rambut yang kotor atau wajah yang tidak bersih dapat menyebabkan kuman dan kotoran berpindah di sarung bantal/sarung tilam/selimut saat kita menggunakannya. Kemudian, pada ketika yang lain wajah menyentuh bantal, kotoran tersebut kembali kepada wajah kita. Selain itu habuk dan bakteria juga akan berkumpul di sarung bantal/sarung tilam/selimut. Jadi basuhlah paling kurang 6 minggu sekali.

Jawapan aku:
Yang ni mungkin betoi ada kaitan ngan aku...tapi 6 minggu sekali tu kira lama jugak la kan..aku seminggu sekali tukaq sarung...



•Minum 8 gelas air sehari
Air adalah sangat penting untuk badan kita. Air yang cukup dapat membantu tubuh mengeluarkan toksin dan zat tidak berguna yang ada di tubuh, sehingga dapat mengurangkan risiko timbulnya jerawat.

Jawapan Aku:
Hmmm...yang ni betoi..aku memang kurang minum air kosong...nak plak bulan posa ni...pas ni kena disiplinkan diri minum air kosong banyak-banyak.

•Menggunakan mask pencegah jerawat
Dengan menggunakan mask madu dan jeruk nipis. Hal ini dapat membantu menghilangkan bakteria dan minyak di wajah. Gunakan mask muka sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

Jawapan Aku:

Hmmm...mask madu dan jeruk nipis tu apa ya???kat mana nak dapat????.


•Kurangkan penggunaan makeup/kosmetik
Menggunakan barangan kosmetik akan menyumbat pori-pori wajah. Ini membuat pori-pori tidak bernafas dengan baik. Pilihlah kosmetik yang berasaskan air yang dapat mengurangi potensi timbulnya jerawat dibanding kosmetik yang berasaskan minyak.

Jawapan Aku:

La ni dah kurang pakai make-up...hmmm...kosmetik berasaskan air tu camne yer?..contonhya??

•Jangan picit jerawat yang ada
Tangan yang kotor ketika anda memegang dan memicit jerawat akan meningkatkan minyak dan kotoran di wajah. Ketika memicit jerawat, lapisan yang ada di bawah kulit dapat menjadi rosak dan menyebabkan minyak wajah menyebar ke bahagian lain dan menyebabkan semakin banyak jerawat timbul.

Jawapan Aku:

Memang tak picit pun sebab sakit baiiii.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan