Pengikut

Rabu, 27 April 2011

Junior Photographer

Gambar-gambar ni diambil oleh najihah...hehehe








Gambaq ni x pasti plak..betoi ka najihah yang tangkap...elok ja tgk...




Najihah












Sekarang najihah berumur 2 tahun 4 bulan

Selasa, 19 April 2011

Taqwa Dan Iman

Pagi tadi tengah drive..terdengar lagu ni..best jgk...bila hayati betul2 lirik2 lagu ni...
Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah Tuhan
Itulah tugas setiap insan

Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana

Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman

Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

Selagi hayat dikandung badan

Rabu, 6 April 2011

Ramai adik beradik best

Kajian menunjukkan orang yang mempunyai ramai adik beradik boleh membuatkan kehidupannya lebih bahagia dan orang yang mempunyai seorang abang atau kakak menjadikan beliau pandai dalam membuat keputusan....sumber...Radio Selangor FM pagi tadi...

Memang best pun ada adik beradik ramai....macam kami ada 7 orang adik beradik...memang sure x sunyi kalau berkumpul...walaupun masing2 ada peel berbeza2..tapi boleh kamcing...sebab masing2 ada  rasa hormat antara satu sama lain... kalau bab gaduh sikit2 tu biasa la kan..bertikam lidah...tapi benda2 macam ni kadang-kadang mengeratkan lagi hubungan adik beradik...betul tak?

Najihah tak tau la ada berapa orang adik beradik nanti....sampai sekarang belum ada lagi tanda2 dia nak jadi kakak..hehehe...apa2 pun mintak adala rezeki najihah nak ada adik beradik nnt....kalau tak boring la dia sorang2...harap ada sepupu sepapat je la...haish..bila la nak boleh tambah ni..umur dah meningkat ni..semoga adala rezeki kami nak tambah lagi...amin....

Selasa, 5 April 2011

Hati Seorang Ibu

Jam 6.30 pagi....

Tengah bersiap-siap nak pergi keja....
Najihah dengan senyumannya comelnya bertanya..."mak..mak nak g teja ka? ha Mak?
Mak pun jawab.."Ya la..mak nak g keja la."
Najihah bersuara lagi... "Mak adik nak ikut mak g teja"
Mak Jawab..." tak boleh la adik...mak nak g keja..adik duduk ngan maklang tau..kawan ngan faiz..."
Najihah mula menangis..." Tak mau..nak ikut mak pi teja.." adik xmau pi umah maklang.."

Sebagai seorang ibu..inilah dilema pagi2 sebelum pergi kerja...berat rasa hati nak melangkah nak meninggalkan anakanda tercinta...tapi apakan daya...sayangku..Ibundamu terpaksa meninggalkan anakanda tersayang kerana untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkanmu dalam suasana yang selesa disamping ingin tanggungjawab untuk membantu..pah dikampung...sebanyak yang mampu...

Sedih rasa hati...nanti nak kena tinggal lagi beberapa hari sebab terpaksa outsation...malasnya...huhuhu..rasa nak meraung ja ni.....aku tak mau pi langkawi...hua..hua..hua...

Drama TV

Selalunya kami akan tengok drama kat TV3 ja...tapi sebenarnya drama-drama yang disiarkan kat TV1 dan TV2 pun best2 jugak..hari tu masa pegi jalan2 kat rumah makcik...makcik pasang drama TV1...tapi x ingat dah tajuk crita tu apa..tapi bagi kami best la cerita tu...cerita ni mengisahkan seorang lelaki cina yang tidak menganut apa2 agama..kira dia tak percaya apa2 agama pun...free thinker kot..camtu la..depa suami isteri x percaya agama..satu hari dalam perjalanan dia terlanggar seorang tukang sapu tepi jalan...dan lelaki yang dia langgar tu meninggal dunia...atas rasa bersalah dia mengambil isteri lelaki tadi menjadi pekerjanya...sejak kejadian itu dia mula berminat untuk mengenal agama islam...dia menyediakan kelengkapan solat dipejabatnya dengan bantuan isteri lelaki yang dilanggar tadi...dan sejak itu dia mengenali abang kepada isteri yang dilanggar tu...kebetulan abang perempuan tu alim lar...

Part yang paling kami xleh lupa...part perbahasan antara lelaki cina tu dengan abg perempuan tadi berhubung teori darwin..teori yang mengatakan manusia berasal dari beruk yang lama kelamaan menjadi manusia...kiranya penulis skrip dan pengarah cerita ni pandai jugakla..dengan ringkasnya abg perempuan tu cakap..motor dia bertukar jadi kereta...(lebih kurangla..hehehe...nak tulis balik ayat sebenar dah x reti)....lelaki cina tu jawab biar betul..mana boleh motor bertukar menjadi kereta tanpa ada org yang merubahnya,,,abg perempuan tu plak jawab...macamtu la jugak kejadian manusia...mana logik beruk berubah menjadi manusia tanpa ada kuasa yang merubahnya iaitu yang maha kuasa allah taa'la..lelaki cina tu terus terdiam..mungkin terfikir sejenak...hehehe

Sejak itu,,lelaki cina ni makin kuat nak pelajari islam...akhirnya dia memeluk islam juga dan terpaksa meninggalkan isteri tercinta kerana berlainan agama...begitulah kesudahannya...tapi best la mesej dalam cerita tu..

Satu lagi kami suka sangat tgk drama2 terbitan Murali Abdullah,,,mmg cerita dia mesti ada contoh tauladan...

Isnin, 4 April 2011

Rumah Oh Rumah

Hujung minggu lepas kami ( aku, adik n makcik) pusing2 cari rumah...plan tu nak beli rumah teres la..mmg ada rumah yang akan dibina...first nya kami pegi tgk rumah contoh dulu..mmg berkenan sangat2 dah ni..cantik...so...kami pun buatla discussion dengan wakil pemaju...cadangnya kami nak dok dekat2...pastu bincang punya bincang...I mmg layak sgt dengan harga rumah yang ditawarkan tu...cuma yang jadi masalah sikit...adik I x layak buat loan 100%...lagi masalah makcik I la..walaupun income bulanan tinggi tapi xlayak juga loan 100% sbb umur dah lebih..kesian la ngan depa...I pun jadi berbelah bahagi nak beli ke tak rumah tu...xkan I sorang2 nak duduk situ..adik ngan makcik I yang beria2 sgt...tapi depa nasihatkan I suruh I beli gak rumah tu...I tak tau nak buat keputusan macam mana...I kesian kat depa la...sedih la...huhuhuhu.

I harap loan adik I leh buat sampai 100% sebab leh campur ngan basic gaji I punya...harap2 lepas la..sekurang2nya adik I dapat pun ok dah..cuma makcik I je I x dpt nak tolong coz kena tambah cash banyak sangat...kesian maknaa....kalau la boleh..mmg I nak bantu sgt2 tolong beli rumah tu...huhuhu

Gemilang


Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

Jumaat, 1 April 2011

Mari pakai blusher bersama Najihah..huhuhu

video

Acik-acik semua..meh jihah ajar pakai blusher dengan betul yer...hehehe..sorry yer gambar kurang memuaskan coz mak amik video terbalik...hahaha

Mak...adik pakai inai...

Orang sibuk kat basuh pinggan..jihah plak sibuk selongkar beg make up..huhuhu..
Adik..habis lipstik mak..org pakai kat bibir je..adik leh plak bt pakai inai...ada plak idea dia ckp camtu...

Mak: Adik...adik buat apa lipstik mak tu..
Jihah: Mak adik nak pakai liptik...
Mak; Adik simpan balik...
Jihah; Mak..adik pakai inai...
Aktiviti memakai inai




"Mak..ni adik pakai inai"

selamat dah dalam tong sampah lipstik aku ni..huhuhu
hmmm...dah habis pun dikoreknya...teruskan la jihah oiii...ni kes tgk mak2 sedara dia dok pakai inai la ni...huhuhuh