Pengikut

Khamis, 27 Disember 2012

Bagus Makan Pedas

Baguih rupanya makan cabai ni...tak percaya??? jom baca ni.....

1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.
2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.


Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

 5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.
 6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.
Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

 7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Jumaat, 21 Disember 2012

Kakak + Gincu...


Nak cerita pasal Kakak plak.....dah nama pun pompuan...tak boleh lari dari nak melawa kan....camtula jugak anak dara Cikta yang sorang ni....suka la sangat dengan gincu....16 Disember hari tu bithday kakak..Cikta tanya la kakak nak hadiah apa...Nak tau apa yang dia request??? dia nak gincu (lipstick) dengan eyeshadow banyak-banyak...sabaq ja la anak dara ni kan...yang tu ja dia mintak...rasanya dalam kepala dia cuma nak make up je kot.....

Disebabkan gincu  mudah dapat...Cikta pun beli la bagi kat dia..nak buat camna..selagi tak beli dok tanya tu la...

bila dah beli mula la menenyeh (pakai lipstik) tak brenti kat bibir dia tu...hhmmm...sampai kena sorok baru dia stop..sabaq ja la....

Dalam kereta pun jadi....tu..tenen cermin la tu...

Dia baru perasan gambar diambil...hahaha

Kes Dera


Ni kes budak tecik 6 bulan ni kena dera ngan mak dia yang tak berapa nak sihat semalam...hahaha....cian dieeee...

Tengah memberontak sebab mak paksa pakai camni.....hehehe

Akhirnya inilah jadinya...budak kena paksa..hehehe
Adik...jangan marah mak yer...mak geram sangat tengok adik dok sengeh-sengeh...saja nak bagi adik triak...hahaha

Khamis, 20 Disember 2012

Rindu Kenangan Itu

Godek-godek album lama terjumpa plak video ni...rindu plak nak balik ke waktu ni....
video


Sekejap je anak dara Cikta ni dah besar,,,rindu betul masa zaman dia kecik-kecik dulu....macam-macam budak kecik ni  buat....yang paling best boleh plak dia pi menyorok dalam almari...hmmm..kalau boleh ulang balik kan best kan?????


Caakkkk....



























Kakak...Mak sayang sangat-sangat kat kakak tau....

Jumaat, 14 Disember 2012

Nak Tambah Income


Ada sesiapa nak tambah income?..ciba klik http://bit.ly/UJl3R0...boleh tau cara-caranya...moh kite terai...

Social Media

Baru-baru ni Cikta join kursus berkaitan knowledge management...Kursus ni lebih menumpukan kepada knowledge sharing....dalam kursus tu lecture ada kongsikan satu video menarik berhubung social media...jadi Cikta rasa nak kongsi kat sini..mana tau kan ada sesiapa yang belum tgk lg video ni...menarik gak...Jom tonton..

Klik sini Social Media

Khamis, 13 Disember 2012

Fakta Susu Ibu


Semalam Cikta ada baca Harian Metro..Ada ditulis mengenai Penyusuan Susu Ibu...Rasa macam menarik So Cikta nak kongsi kat sini....


Nak lebih jelas baca kat sini yer...
  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama 6 bulan secara eksklusif dan meneruskanya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur 6 bulan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan bayi dengan berkesan.
  • ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin, dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu.
Sekian....


Memang banyak kelebihannya kan  bila menyusukan anak...so...jom teruskan penyusuan anak yer....Tak rugi pun...untung lagi...

Rabu, 12 Disember 2012

Sejuk Mata Memandang...


Subhanallah...cantiknya pemandangan gambar ni kan....sejuk mata memandang....Jom layan alam ciptaan allah...

Kat dunia dah cantik macam ni..kalau kat syurga mesti lagi-lagi cantik kan allah buat...



Zakat


Alhamdulillah..Cikta dah terima surat akuan penerimaan potongan gaji zakat..nampaknya  bulan disember ni start le pemotongan bayaran zakat......semoga rezeki yang allah bagi ni boleh dikongsi sikit dengan orang yang memerlukan....mintak-mintak hidup kami sekeluarga lebih berkat...amin

Ayat no.5 tu yang best sekali...semoga mendapat berkat allah..amin..
So...pada sesiapa yang berkeinginan nak buat potongan dan nak info lanjut...KLIK SINI

Isnin, 10 Disember 2012

Main Game Dapat Kereta??? WOW


Bestnyer...main game boleh dapat kereta??? Betul ke?? nak tau betul ke tak baca lah sendiri yer...

Klik Sini...


campaign image

Bayar Zakat


Kawan-kawan...tau apa itu zakat? bagi yang mampu dah.. dah bayar ke? Cikta pun baru nak buat potongan Zakat start Disember ni...bagi yang nak tau lanjut 

Tengok sini yer...

Sekarang semuanya mudah..just isi online jer..xperlu pergi pejabat zakat...kalau nak tau layari la website PPZ yer...

Contest Cute Picture by storyofheartt :)


Contest ni macam best la...sebab leh tengok gambar cute miut...hehehe..so cikta pun nak join ler...sapa nak join klik banner ni yer...or klik LINK NI


Cikta pertaruhkan gambar ni...Ni gambar anak dara Cikta merangkap anak sulung Cikta...


..Now umur dia 4 tahun....Cute tak??? ....Bagi mata Cikta cute le sebab ni anak Cikta kan...hehehe..angkat bakul sendiri....

Harap-harap gambar anak dara I ni bertuah lah yer... Cik STHEART...pilih jangan tak pilih yer....

Yang belum join....Apa tunggu lagi...jom join.....

Tag
iemagurlz
secretshaila

"Year End Giveaway By Cik Bunny"


Jom join GA ni plak...Syarat-syaratnyer seperti berikut....


i don't care how's simple ga banner are 
but 
that black bunny in this banner is most important, sungguh misteri XD

How To Join:
  1. Terjah 3 page ni sampai loading habis: http://bit.ly/kzpKNi , http://bit.ly/WWIfx9 dan http://bit.ly/VtSPKT
  2. Follow blog ni dan my blogshop.
  3. like facebook fanpage InspireBunny [dot] Blogspot , Bunny Inspired dan subscribe my fb acc.
  4. Buat entry bertajuk "Year End Giveaway By Cik Bunny" , letak banner giveaway dan link entry giveaway ni dalam entry korang. COPY BANNER DI SINI.
  5. tinggalkan LINK ENTRY GIVEAWAY ni di bahagian komen blog ni. Kat tempat lain tidak diterima. Pastikan betul betul patuhi semua syarat diatas. Jika tidak, bukan sahaja kemenangan ditarik balik malah terlepas update penting giveaway ni (tak tanggung =p)  
  6. Jika ada twitter dan ig, Follow my twitter: https://twitter.com/InspireBunny dan instagram:http://instagram.com/inspirebunny (atau twitter/instagram: @inspirebunny).
    jangan lupa share this giveaway sebab Cik Bunny nak bagi hadiah online kalendar Hello Blogger 2013 kepada semua peserta yang dah join ga ni sebagai tanda penghargaan (sekiranya ga ni terima lebih dari 100 penyertaan).

    Tumpang iklan kejap:

    Cik Bunny dah beli mug comel siap ada gambar dan link blog, anda bila lagi? keke



    Back to topic. Tentang hadiah, lebih dari 40 pemenang dicari dan saguhati kepada semua peserta yang dah join ga ni.
    klik SINI untuk senarai hadiah lebih jelas
    hadiah mungkin ditambah dari semasa ke semasa

    Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa
    Juri: random.org atau cabutan manual, bebas dari rasuah punya XD

    P/S: kalau ga ni mendapat sambutan so i'll open for sponsor maybe for my next giveaway =)

    Pulut Durian


    Monday morning....segar???monday blues???....dua-dua ada kan....pagi-pagi hidup udara segar so segarlah badan...tapi memandangkan cuti dua hari..mula la malas nak datang keje...tapi sebab nak cari rezeki untuk family....gagahkan la jugak kaki ni tekan pedal minyak krete ...

    Ok lah..hari ni Cikta nak cerita pasal pulut durian...ada tak sesiapa yang tak pernah makan pulut durian..rasanya orang utara tau kot pulut durian yang macam mana Cikta maksudkan ni...


    Ni la pulut durian..bahan-bahannya of course le durian..lepas tu santan pekat, pulut dan gula...gaul2 semua bahan tu baru sedap nak makan...hehehe

    Al-kisahnya jumaat lepas cikta ngan adik-adik collect duit beli durian...nak buat camna kan xde dusun...nak makan kena beli la kan...alhamdulillah ade rezeki boleh beli durian...Cikta request suruh beli durian batu Kurau je sbb gerenti sedap buah dari sana...

    Dengan nilai RM 50...dapat byk ni buah durian...
    Bila dah kopek banyak ni jer dapat......

    Mula-mula tengok macam sikit je durian ni..tapi bila dah makan..x makan banyak pun..makan berapa ulas je buah duiran ni....cepat kenyang sebab makan dengan pulut...lagi pun dah berumur ni x boleh dah nak makan byk macam budak2 dulu la...

    So memandangkan buah tu dah dikopek...terpaksa le simpan dalam peti sejuk beku dulu...lepas tu esoknya Cikta buat bubur durian plak...lastly habis jugak le buah durian ni...



    p/s: habis dah plan diet aku...hehe

    Jumaat, 7 Disember 2012

    Giveaway Oh my birthday ! by Fatin Nazurah


    Nak try GA ni jugak...jom!!!!!! Nak tau macam mana & apa syarat2nya...

    klik banner ni..


    Ayusleeping Mimie Najib

    Sale..Sale..Sale...HLK

    Sapa-sapa yang tinggal berdekatan Kota Kemuning..moh ler ke jualan warehouse HLK...murah-murah barang letrik kat situ....potongan sehingga 70%..Tak cayer??? hmmm...try datang TENGOK SINI...
    Al -kisahnya kilang HLK ni dekat ngan umah Cikta...apa lagi..sapa-sapa berminat esok leh pi terjah no.....

    " Cik Lyeen's Giveaway"

    Hari ni Cikta nak try GA ni...blog Cik Lyeen ni comel sangat...banner ni pun cute....


    jom ramai-ramai kita join nak...mana tau kot-kot bertuah....kalau nak join TERJAH SINI...

    Syarat-syaratnya semua ada tertulis kat blog empunya tu...Apa tunggu lagi...jom kita join...
    Rezeki sapa nak tau kan....

    Mimie Najib  , Secret Of Us , Ayusleeping anda telah di Tag

    Aminnn.....





    Copy from: FB

    Khamis, 6 Disember 2012

    Nak Hadiah??? GiveAway by La NIAR

    Nak hadiah??? sapa tak mau kan.. Cikta pun nak hadiah...kalau nak...jom join contest ni...
    Sila letak banner ini di entry anda

    Syarat- Syarat Penyertaan

    • Follow blog Ayu
    • LIKE fan page La NIAR
    • Buat satu simple entry mengenai GiveAway by La NIAR berserta gambar banner
    • Tinggal comment serta LINK entry korang dibawah
    • Hantar penyertaan sebelum 10.12.2012, jam 12.00 pm
    • Pemenang diumumkan secara cabutan (macam cabutan bertuah tu) pada 11.12.2012, jam 10.00am

    Sila ambil perhatian ye.. Jubah ni custom made.. Ambil masa 2minggu utk disiapkan.. Design seperti gambar diatas. Cuma warna dan corak bukan begitu. Warna kami bagi pemenang yg pilih sendiri..

    Jika faham dengan syarat2 diatas.. Dengan ini.... GA bermula sekarang!

    Semoga berjaya...

    Rabu, 5 Disember 2012

    Plan Kuruskan Badan


    Sejak balik dari sabah ni Cikta perasan badan makin membulat jer....Rasa macam makan tak banyak mana pun...(hehehe...x mkn byk camna badan boleh naik kan..xkan magic kot)...Yang boleh perasannya baju-baju semua dah ketat....baju yang baru beli pun ketat...pelik gak...Cikta cakap kat hubby...xkan baju tu bila basuh jadi kecik kot...(bak kata hubby cikta..baju dia tiap kali basuh mesti jadi kecik..padahal x perasan perut dia pun dah membuncit)....dia plak gelakkan kita...hmmm...realitinya mmg badan cheq ni makin membulat...

    Disebabkan pembesaran yang tiba-tiba ni..tergerakla hati nak on diet...apa taknya..sayangla baju baru beli xboleh nak pakai..kan rugi tu...so..sembang-sembang ngan member opis...depa cadangkan ikut plan Dr. robert Atkins.......Member opis yg amalkan diet ni turun berat dia...kalau ada yang berminat klik Link ni..

    So plannya nak start la tak makan nasi semalam...tapi x boleh la...badan rasa mengigil ja...badan ni tak boleh drastik x makan nasi kot..al maklumla...dari kecik dok makan nasi kan...tiba-tiba tak makan....mana tak menggigil....La ni Cikta start pelan-pelan...mula-mula ni kurangkan pengambilan nasi dulu...pastu baru boleh start tak makan nasi...baru badan boleh terima kot...agaknya la...harap-harap Cikta ni boleh la disiplin makan tu....kalau tak disiplin memang susah la nak turun...Naik senang..nak turun punya la payah kan...hehehe

    Boleh ke nak turun berat badan macam dulu balik???? hmmm