Pengikut

Khamis, 13 Disember 2012

Fakta Susu Ibu


Semalam Cikta ada baca Harian Metro..Ada ditulis mengenai Penyusuan Susu Ibu...Rasa macam menarik So Cikta nak kongsi kat sini....


Nak lebih jelas baca kat sini yer...
  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama 6 bulan secara eksklusif dan meneruskanya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur 6 bulan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan bayi dengan berkesan.
  • ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin, dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu.
Sekian....


Memang banyak kelebihannya kan  bila menyusukan anak...so...jom teruskan penyusuan anak yer....Tak rugi pun...untung lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan