Pengikut

Selasa, 31 Mei 2011

Pasar Seni


Dah lama aku tak jejakkan kaki kat pasar seni...hari tu masa hantar adik kat pudu tgk dari jalan pasar seni dah lain dah..banyak dah perubahan...5 tahun dulu situ la tempat aku habiskan masa...kalau boring..mesti keluar pegi lepak kat pasar seni...dok kat situ tak boring sebab boleh tgk seniman jalanan..kalau dulu banyak penyanyi-penyanyi jalanan kat pasar seni tu..sekarang tak tau la ada lagi ka tak...best jugak tgk orang-orang tu nyanyi....sambil-sambil tu dok peghati gelagat-gelagat manusia yang macam2 ragam....entah bila la boleh jejakkan kaki kat situ lagi..dah ada anak kecik ni macam tak berapa nak sesuai bawak pi dok kat situ...rindunya nak pi jalan-jalan kat situ....

Jumaat, 27 Mei 2011

Mee Kolok

First time dengaq nama Mee Kolok...maklumla..cheq ni jarang pi jalan-jalan cari makan...tu yang x tau tu...kalau orang sarawak gerenti tau kan..tadi pusing2 kat pameran hari belia tu..ada satu stall jual laksa sarawak dan mee kolok...sbb tgk ramai org dok beli...cheq pun rasa teringin gak nak rasa camna...,,,rasa x sabaq nak balik opis nak makan...

Bila makan...hehehe....x kena ngan selera cheq la...rasa camna pun xtau nak cerita,,,lebih kurang macam mee claypot kot...mee tu pun cheq x suka...maklumla orang kampung..layan nasik ngan sambal belacan ja..hahaha..try nak habiskan gak mee kolok tu,,,try punya try...xlepas gak nak habiskan..mintak maaf la mee kolok no...bukan saja nak buang,,tapi cheq dah xlepas nak telan dah...huhuhu...

Isnin, 23 Mei 2011

Hari minggu yang boring

Boring betoi hari minggu hari tu..xde benda nak buat...dok umah ja..x pi mana2 pun...asyik ngadap tv ja...nasib baik najihah ada jadi peneman...suka la dia...asyik kena berkepit ja ngan dia...nak mandi pun susah..nak masak pun susah...semua dia nak ikut...sabaq ja la..so mandi pun cepat2..masak pun ringkas2 ja.....mek kecik tu dok kacau....yang selebinhya masa cuti di isi ngan aktiviti tidoq.......nak bagi anak tidoq..ngan mak sekali dibuai mimpi...hahaha....Puas tidoq lama...

Kenangan Bersamamu....

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
( korus )

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

( ulang korus )

 
  

Hari Raya Aidilfitri 24 Oktober 2006
 

Malam Pernikahan Kami 17 Oktober 2007



Kenangan terindah bersama opah tersayang sentiasa terpahat dihati.....



Jumaat, 20 Mei 2011

Aku Takde Keje

Haish...boring gak no kalau xdak keja...dalam minggu ni mai opis dok ngadap tenet ja..xdak keja..nak wat camna..bukan saja xmau buat keja..tapi mmg dah xdak keja..rasanya sepanjang hari dok ngadap facebook ja...ngadap lama2 kat facebook naik boring gak....tapi bila dah xdak keja ni...malas makin menjadi2....sabaq ja la

Rabu, 18 Mei 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Sumber: Majalah Iluvisam

Petua Lagi

1) Mengelakkan rambut gugur

Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.

2) Masalah rambut kering

Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.

3)Rambut berminyak

Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. Insya-Allah masalah rambut minyak akan dapat diatasi.


Sumber: Majalah Dara.com


Sebagai Panduan

Hadis dan falsafah - PAHALA ISTERI

“Wanita mudah masuk syurga, malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka”…mana satu pilihan kita wahai Muslimah?  Allah itu sememangnya Maha Pemurah, Maha Pemberi. Dia yang Maha Agung, tidak ada satu pun yang mampu melawan-Nya.

Bergelar wanita, isteri dan ibu… sememangnya perkara mulia di sisi Allah. Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala berlipat ganda. Berusahalah agar menjadi wanita sejati, ibu mithali dan isteri solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Ya, Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya (suami), Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian sirat”

Ya allah...mudahnya seorang isteri mendapat pahala...mari ramai-ramai kita kumpul pahala no....

Sumber: Majalah Nur

Petua Cantik

Petua 1
Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.

Petua 2

Parut Wajah Kurangkan Keyakinan

Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. usah terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mahu. Lama kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, ia juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.

Petua 3
Atasi Kulit Berkedut

Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parutkan lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin amalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

Petua 4
Haluskan Kulit Wajah

Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan ia mengering dalam kira-kira 15 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna.


Petua 5

Ayuh Licinkan Kulit Muka

Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambilah 1sm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.



Sumber: Majalah Rapi


Tip Cantik

Strategi hadapi turun naik dalam diet!

Fasa penurunan berat selalunya berlangsung selama dua minggu di mana dalam tempoh ini anda akan menyaksikan penurunan berat yang ketara. Setelah tempoh ini, penurunan berat akan berlaku secara lebih perlahan atau tidak sama sekali. Apabila ia berlaku, anda harus menukar pelan diet anda agar berat itu kekal atau anda mampu merangsang lebih penurunan lagi. Nur akan senaraikan anda dua strategi bagi menghadapi fasa penurunan dan langkah terbaik menghadapi fasa untuk mengekalkan berat anda atau fasa ‘up days’.

 
Strategi Hadapi Fasa ‘Penurunan’

Cuba hadkan pengambilan makanan kepada maksimum 1800 kalori sehari.

1. Tempoh permulaan diet sememangnya tempoh yang sukar. Dalam tempoh ini, minumlah hidangan susu kocak yang berprotein tinggi untuk membantu anda mengatasi rasa lapar anda. Selain memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, ia juga membantu membekalkan anda vitamin dan mineral yang lain.

2. Apabila gerak hati menginginkan makanan, jangan terus mendapatkannya sebaliknya berhenti seketika. Rasa lapar dalam tempoh berdiet ini akan hadir setiap dua atau tiga jam sekali dan biasanya akan kekal selama 15 hingga 20 minit. Justeru, cuba lepasi tempoh masa kritikal tersebut. Anda pasti akan terbiasa nanti!

3. Minum minuman yang kurang atau tiada kalori langsung seperti teh hitam atau hijau atau kopi ‘o’. Namun harus diingat bahawa kopi sememangnya mampu membantu memberikan rasa kenyang lebih lama tetapi terlalu banyak kaffein juga akan memburukkan kesihatan anda. Ini kerana kaffein akan mempertingkatkan kadar gula dalam darah.

4. Perkara paling sukar diatasi adalah rasa lapar yang menjelma di waktu malam. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan berada bersama teman atau keluarga tersayang di waktu ini. Menurut kajian Dr.Jane Blouin, Pakar Psikologi Hospital Kanada, rasa ingin mengunyah ini biasanya hadir di antara jam 8 hingga 10 malam. Ini kerana di waktu ini tubuh dan minda biasanya menginginkan rehat. Saat santai ini sering mengundang rasa lapar malah sering berlaku di kalangan wanita rasa letih yang hadir membuatkan mereka ingin makan untuk mendapatkan kembali tenaga. Jadi, alihkanmasa luang bersendirian kepada melakukan sesuatu yang berbentuk ringan dan menenangkan.

5. Cuba hadkan waktu mengunjungi pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai restoran untuk memikat nafsu anda. Displinkan diri anda hinggalah anda yakin mampu mengatasinya!



Sumber: Majalah Nur



Tips Nak Cantik

SAYONARA MATA PANDA!

"Eyes are the window to the soul"

Sebuah renungan yang dalam seolah mampu berkata-kata biarpun di mulut terkunci, bisu seribu bahasa. Namun, mata yang berkuasa menuntut lebih tinggi perhatiannya. Pelbagai masalah kecantikan lebih mudah terlihat dikawasan bawah mata kerana ia merupakan kulit yang paling tipis, sensitif dan kurang lembapan berbanding kulit dibahagian lain.

Dalam sehari, otot-otot di sekeliling mata akan bergerak sekurang-kurangnya sebanyak 100 ribu kali. Pergerakan buka-tutup tanpa henti, faktor keturunan, peningkatan usia serta masalah kekurangan tidur pasti meninggalkan petaka yang besar terhadap kecantikan mata, khasnya kesan lingkaran gelap dan sembab seperti mata panda! Penggunaan krim mata termahal sekalipun belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini jika anda gagal mengesan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku.

FAKTOR MATA PANDA
1. stres
2. diserang penyakit
3. kekurangan nutrisi tertentu
4. diet yang terlalu ketat
5. paparan sinar UV
6. penuaan

PENYELESAIAN

1. Mata panda biasa

Dapatkan istirehat dan tidur secukupnya. Sesekali, apa salahnya memanjakan mata dengan meletakkan uncang teh terpakai atau timun untuk merehatkan kawasan kulit yang nipis ini. Anda juga boleh melakukan urutan ringan menggunakan hujung jari hantu untuk mengurangkan kesan mata panda.

2. Mata panda kerana masalah pembuluh darah

Ketika tidur, tempatkan kepala and alebih tinggi sedikit dari dada. Ini dilakukan untuk mengurangi kemungkinan darah berkumpul di bawah mata. Penggunaan masker mata yang dingin atau uncang ais juga berkesan untuk mengecilkan saluran darah di bahagian ini. Selain itu, pilih krim mata harian dari formulasi kafein.

3. Mata panda kerana alahan

Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang krim mata. Pakar mungkin akan mengesyorkan ubat antihistamin bagi mengurangi kesan yang ketara. Begitu juga jika berkulit tipis, dapatkan krim mata yang berformulasi kolagen seperti retinol dan sapukan vitamin C untuk mencerahkan warna kulit.

4. Amalan diet

Amalkan pengambilan coklat hitam yang kaya dengan flavonol serta makanan yang kaya Omega-3 seperti salmon dan kacang walnut.Makanan-makanan ini dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan darah yang lancar kekulit. Pastikan juga diet harian anda seimbang dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar!

Sumber: Majalah Nona



Kami Rindu

Kami rindu
Kami rindu untuk menatap wajahmu..
Kami rindu untuk mengucup pipimu...
Kami rindu akan gelak tawamu...
Masih terbayang lagi...

Tapi sayang..kini tiada lagi pah disisi...
Pergimu tanpa disangka...
Allah lebih menyayangi mu...

Namun kami bersyukur....
Pergi mu dalam keadaan yang tenang...
Terpancar nur diwajahmu...
Jenazah mu seperti sedang tersenyum...

Kami juga bersyukur...
Kami sempat mengucupmu buat kali terakhir...
Wajahmu bersih...harum...wangi...

Kami anak cucu amat merinduimu...
Semoga Opah tenang disana...

Ya allah...kau tempatkanlah opah kesayangan kami di tempat hamba-hambamu yang beriman...
semoga roh beliau dilimpahi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang kau sayang...amin

Semoga kami dapat bertemu kembali di alam sana...amin....






Gambar ini diambil pada 25 Disember 2011
 


Isnin, 9 Mei 2011

Najihah


Gambar-gambar ni diambil semalam,..tengok najihah tekun sangat dok pegang pen..

mula tu gambaq ni nak candid..tp dia terperasan la plak....huhuhu


Apa yang dilukis pun xtau...hehehe


Tekunnya anak mak ni..harap2 belajaq sok tekun camni la no...


Terus tekun melukis....



Tak bagi ambik gambaq dia



Hehehe..ni lah hasil tangan dia...hanya dia ja yang tau apa yang dia tulis...

Aku

Aku ni sebenarnya bukan pandai sgt menulis...nak pulak nak buat karangan...mmg xdak idea langsung...nak bermadah berhelah..lagi la tak tau...nak berpuisi...setakat pantun merapu tu boleh la sikit-sikit..al maklumlah..dulu masa sekolah tak amik subjek sastera,,,,pastu plak bab2 baca novel ka..cerpen ka..mmg tak berminat la...rasanya masa sekolah dulu satu ja novel yang aku baca..tajuk apa x ingat..tu pun bukan tebal mana pun...hehehe..memang dasar pemalas...yg rajin baca buku pun..buku pelajaran...tu pun sebab terpaksa kan...kalau x baca...xleh la nak jawab exam....

Tapi bila tgk org menulis kat blog ni...rasa teringin plak nak conteng-conteng cam depa...tulis pi la no apa yang rasa nak tulis..bukan ada orang nak marah kot...janji aku tak mengata kat orang...betoi dak???

Jumaat, 6 Mei 2011

Fakta ke Mitos?

Orang-orang tua cakap...kalau mata berkedip sebelah kanan...nak tengok orang,..kalau berkedip sebelah kiri nak menangis..orang cakap lagi...kalau gatai tapak tangan kanan nak dapat rezeki...kalau gatai tapak tangan kiri nak habis duit....dan macam2 lagi la kata-kata orang tua dulu....tapikan betul ka semua tu?...ataupun hanya mitos....mungkin ramai org bercakap mcm tu sebab melalui pengalaman sendiri ataupun...percaya dengan kata2 nenek moyang dulu2..tapi bila fikir2 balik...orang2 tua dulu tau mana benda2 ni semua kalau x melalui pengalaman sendiri kan? cuba pikiaq tgk...hhmmmm.....

Opah

Semalam doktor dah tebuk kat tepi belakang dada pah...mak kata buang air dalam paru2 pah dekat 1 jag doktor sedut bawak keluaq...ngeri ja dengar..mesti sakit allah saja yang tau...keadaan pah stabil semalam...tapi katanya masih ada lagi air kat paru-paru pah...

Pagi tadi call adik tanya keadaan pah...katanya dah  boleh baring...cuma hose yang doktor masukkan dat dalam badan tu doktor x cabut lagi...kesiannya kat pah...rasa x sabaq nak balik tgk pah...andainya aku halimunan...nak ja aku menjelma kat hospital kulim tu dgn cepat..tapi apakan daya..aku hanya manusia biasa....

Pah...dah lama kami tak rasa masakan pah..pah masak sedap...xdak sapa boleh masak sedap mcm pah masak...walaupun resepi yang sama..air tangan pah jugak yang sedap....semoga pah cepat sembuh....kami semua sayang sangat kat pah....

Rabu, 4 Mei 2011

Opahku Sayang


Hari ni masuk hari ke-5 pah masuk hospital kulim. Sedih tengok keadaan pah yang sukar bernafas. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...sampai pah sendiri yang mintak dihantar ke hospital..sedangkan pah yang selama ni mmg takut sangat kalau nak pegi hospital..kali dia pah sendiri yang mintak nak pg hospital..mmg pah dah x boleh tahan...mana taknya...x boleh nak baring...asyik duduk ja..baring lagi xboleh bernafas..sampai hampir seminggu pah x boleh tidur...muka pucat ja...

Doktor cakap pah sakit sebab paru-paru berair..doktor ckp kena sedut buang air dalam paru-paru baru boleh bernafas dgn elok..2/5/2011 hari tu doktor dah sedut buang air dari paru-paru pah. Banyak jugak..alhamdulillah..pah nampak sihat sikit...pah kata mudah sikit nak bernafas...kami semua senang hati tengok pah dah semakin sihat...alhamdulillah..

Tapi hari ni call adik tanya pasal pah..dia cakap pah jadi balik...adik cakap pah nak kena tebuk plak nak amik air dari paru-paru tu...kesiannya pah terpaksa lalui semua ni...Ya allah...lindungilah opah kami..sembuhkanlah penyakit beliau ni seperti sedia kala....amin...

Macam ni la keadaan Pah...duduk ja...x boleh nak baring

Walaupun susah bernafas nak lagi bersembang...

Opah yang kami sayang....

Dah hampir 2 minggu Pah dok camni ja x boleh baring...