Pengikut

Rabu, 18 Mei 2011

Tips Nak Cantik

SAYONARA MATA PANDA!

"Eyes are the window to the soul"

Sebuah renungan yang dalam seolah mampu berkata-kata biarpun di mulut terkunci, bisu seribu bahasa. Namun, mata yang berkuasa menuntut lebih tinggi perhatiannya. Pelbagai masalah kecantikan lebih mudah terlihat dikawasan bawah mata kerana ia merupakan kulit yang paling tipis, sensitif dan kurang lembapan berbanding kulit dibahagian lain.

Dalam sehari, otot-otot di sekeliling mata akan bergerak sekurang-kurangnya sebanyak 100 ribu kali. Pergerakan buka-tutup tanpa henti, faktor keturunan, peningkatan usia serta masalah kekurangan tidur pasti meninggalkan petaka yang besar terhadap kecantikan mata, khasnya kesan lingkaran gelap dan sembab seperti mata panda! Penggunaan krim mata termahal sekalipun belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini jika anda gagal mengesan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku.

FAKTOR MATA PANDA
1. stres
2. diserang penyakit
3. kekurangan nutrisi tertentu
4. diet yang terlalu ketat
5. paparan sinar UV
6. penuaan

PENYELESAIAN

1. Mata panda biasa

Dapatkan istirehat dan tidur secukupnya. Sesekali, apa salahnya memanjakan mata dengan meletakkan uncang teh terpakai atau timun untuk merehatkan kawasan kulit yang nipis ini. Anda juga boleh melakukan urutan ringan menggunakan hujung jari hantu untuk mengurangkan kesan mata panda.

2. Mata panda kerana masalah pembuluh darah

Ketika tidur, tempatkan kepala and alebih tinggi sedikit dari dada. Ini dilakukan untuk mengurangi kemungkinan darah berkumpul di bawah mata. Penggunaan masker mata yang dingin atau uncang ais juga berkesan untuk mengecilkan saluran darah di bahagian ini. Selain itu, pilih krim mata harian dari formulasi kafein.

3. Mata panda kerana alahan

Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang krim mata. Pakar mungkin akan mengesyorkan ubat antihistamin bagi mengurangi kesan yang ketara. Begitu juga jika berkulit tipis, dapatkan krim mata yang berformulasi kolagen seperti retinol dan sapukan vitamin C untuk mencerahkan warna kulit.

4. Amalan diet

Amalkan pengambilan coklat hitam yang kaya dengan flavonol serta makanan yang kaya Omega-3 seperti salmon dan kacang walnut.Makanan-makanan ini dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan darah yang lancar kekulit. Pastikan juga diet harian anda seimbang dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar!

Sumber: Majalah Nona



Tiada ulasan:

Catat Ulasan