Pengikut

Jumaat, 11 Januari 2013

JPN Putrajaya


Hari ni Cikta nak kongsikan pengalaman Cikta berurusan dengan JPN Putrajaya..ceritanya ic suami cikta hilang,,MYKID anak pun hilang gak..,,kami pun pegi ke JPN yang terdekat dengan umah iaitu JPN Cawangan Puchong…Kami pegi jam 1.30 pm..time rehat la..datang awal tu sebab nak amik nombor giliran awal la…tapi waktu tu pun dah ramai orang menunggu di luar…. pukul 2 opis JPN tu bukak…buat penat je berebut…ingatkan blh dapat nombor cepat…rupa-rupanya pelanggan yang amik nombor pagi tadi pun belum habis…kena sambung waktu petang plak…kalau ikutkan nombor yang kami dapat tu…ada 60 orang lagi belum siap…mak aiii…pukul berapa nak tunggu…memandangkan Puchong tak jauh dah dengan Putrajaya…jadi kami pun gerak le nak pegi JPN Putrajaya….

Rupa-rupanya JPN Putrajaya ni tak tutup pun kaunter pada waktu rehat…kalau tau dari awal terus je kami pegi putrajaya…so kalau sesiapa yang masih belum tau…kaunter JPN Putrajaya beroperasi pada waktu rehat..hari sabtu ahad pun buka dari jam 9.00 am hingga 2.00pm…senangkan nak berurusan..

Waktu Operasi....

Dari atas

Sampai je terus ke kaunter pertanyaan dan amik nombor…yang bestnye JPN Putrajaya ni…tempat dia besar…lepas tu diasing-asingkan ikut urusan…kalau nak buat IC aras 2..kalau berkaitan dokumen anak kat aras 3…kaunter plak buka banyak…bak kata proses memang cepat la…tempat plak selesa...kalau bawak anak pun xde masalah sebab kat aras 2 tu ada playground...sambil tunggu anak2 boleh main kat situ...

Banyak tingkat

Anak-anak boleh main sini

Lepas dapat nombor tak sampai 10 minit dah dipanggil...memandangkan IC hilang so kena la denda..kali pertama hilang denda RM110, kali kedua RM210, kali ketiga hilang RM310...kali keempat tak tau plak kena apa..hehehe...tapi hari tu bukan kena bayar sampai RM110 pun...leh buat rayuan...so kena bayar RM60 jer...ok la tu kan....pastu esoknya dah boleh amik IC tu sebab kami dah pegi petang...kalau dari pagi mungkin beli siap hari yang sama agaknya..

Dah alang-alang pegi...urusan cepat...Cikta pegi aras 3 untuk buat gantian MYKID anak...proses ni lagi cepat...amik nombor giliran..tunggu sampai nombor dipanggil..selepas urusan...tak sampai 15 minit nama dah dipanggil untuk ambil MYKID yang baru..tanpa kenakan apa-apa bayaran....cepat betul....tak rugi la pegi buat urusan kat situ...

So, sesiapa yang tinggal berdekatan ngan Putrajaya tu dicadangkan pegi la ke JPN Putrajaya untuk berurusan...tak payah la nak bersusah payah buang masa tunggu lelama macam kat JPN Puchong tu....isi minyak lebih sikit takpe janji jimat masa dan selesa...betul tak????

Yang tak bestnyer Cikta kena saman trafik plak hari tu sebab parking tepi jalan...huhuhu...ingatkan boleh parking situ sbb tgk banyak kreta park...rupa-rupanya tak boleh....beramai-ramaila kami bayar saman nanti....Nak buat camne..takde rezeki kan...

6 ulasan:

  1. kecian cikta kiter...kena saman ye kak...hihi~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasalnyer...jimat denda ngan JPN..kena plak denda ngan polis trafik...huhuhu

      Padam
  2. nampak tempatnya pun selesa kan..kalau kat ipoh ni pun, jgn cakap la.. punya la ramai..naik giler menunggu..hik3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang selesa sgt....sebab kaunter banyak...

      Padam
  3. oklaa tu boleh lagi buat rayuan..dulu masa sy buat mykad baru sebab hilang..tapi buat kat maju junction..takder diskaun..bayar denda rm100

    BalasPadam
  4. cik ta,nk tnye leh.. klau my kid ank hilang kne wat repot polis x ya?

    BalasPadam