Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kena Baca Ni



1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Sharing Is caring....

Mari Kita Beramal

Bulan Zulhijjah dah datang...banyak amalan-amalan yg boleh kita buat untuk menambahkan pahala kita,,,Marilah kita sama-sama beramal yer...


Amalan-amalan utama  yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Sumber: copy & paste from http://zaharuddin.net

Selasa, 25 Oktober 2011

Info Berguna - Mesti Baca

Info ni cikta copy & paste dari facebook...kaum wanita harus baca ...


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).


Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !




Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda

Apa pun tak bolehhh....

Penat dah cikta godek sana..godek sini....tapi xleh jugak nak cantikkan blog ni...hhmmm...fed up dah ni..apa pun tak bolehhhhhh.....sabaq la cikta no...nak buat camna..dah awak gunakan harta kerajaan...xdapek nak buat ape-ape ler...tunggu guna harta sendiri yer,,,baru leh touch up blog kamu ni yer...hmmm

Tips Disiplinkan Anak Kecil



Berikut beberapa tips disiplin anak kecil yang mungkin dapat membantu ibu bapa :

Belajarlah berkata tidak kepada si kecil dengan cara yang tenang tetapi menunjukkan ketegasan. Berusaha menghindari kemarahan. Jika ibu berkata tidak dengan marah, maka si kecil pun akan melawan dengan marah. Ibu bapa harus tegas, tenang, tanpa teriakan dan kemarahan.

Apabila  si kecil melakukan kesalahan, tunjukkan bahawa dia salah dan akibat dari kesalahannya apa yang harus ditanggungnya. Memarahinya dan kemudian meninggalkan begitu saja akan membuat anak merasa dipinggirkan.

Konsisten dengan apa yang ibubapa terapkan. Konsistenlah dengan peraturan yang ibu bapa buat sendiri, sekalipun si kecil merengek-rengek. Jika ibu bapa tidak konsisten dengan peraturan, anak akan mencuba lagi dengan cara yang sama. Hal itu hanya akan membuat ibu bapa bergelut dari tahun ke tahun dengan masalah displin anak.

Jika setiap kali anak menangis merengek dan ibu bapa menuruti kemahuannya, masalah dispilin ini akan berlarutan tanpa penyelesian dan menjadi lebih rumit dan terbawa hingga anak jadi besar.  Ibu bapa harus tahu bagaimana menjadi tegas dengan permintaan2 anak.

Disiplinkan si kecil dengan kasih sayang, dalam lingkungan yang membuatnya tetap merasa selesa sekalipun ketika anak buat kesalahan. Jangan mendisiplinkan anak dengan marah sepanjang masa, mungkin anak akan menurut, tapi bukan kerana ia mengerti apa kesalahnya dan bagaimana memperbaiknya, tapi hanya kerana si kecil takut didenda dan dimarahi ibu bapa.

Biarkan anak belajar memilih baju warna apa yang mau dia ingin pakai, makanan apa yang anak ingin makan selama minggu.  Hal ini akan membuat si kecil merasa di hargai sehingga anak dapat belajar menghargai pilihan2  ibu bapa untuknya.

Beri anak penghargaan atau hadiah kecil atas setiap perbuatan terpuji atau kelakuan baiknya. Hal ini akan mendorongnya untuk menjadi lebih baik hari demi hari.

 
[Ibubapa Cemerlang]

p/s: cikta pun kena cuba ni..cuma kekadang tak dapat nak kawal kemarahan..hmmm

Pasal Rumah Lagi

Alhamdulillah...semalam cikta dah dapat kunci rumah baru....hujung bulan november ni leh ler dok umah baru...lambat sikit nak blh duduk sebab rumah tu banyak  benda pemaju kena renovate...dia mintak bagi masa kat dia 2 minggu untuk settle pembaikan tu...dalam masa yang sama kena amik masa jugak untuk buat wiring letrik dalam umah tu....untuk buat grill pun amik masa jugak...so bajet dalam hujung bulan 11 le baru boleh duduk....

Khamis, 20 Oktober 2011

KLIP 3GP

Cikta tak tengok pun cerita ni...tapi bila ada dok iklankan kat TV jadi cikta tengok la jugak  iklan tu...tengok iklan je pun dah rasa malu,,,macam mana kalau org yang pegi tengok kat panggung tu...hmmm....apa motifnya depa dok buat filem macam tu???,,,...,cikta ada anak kecik...anak tengah membesar....jenuhla nak kalih tv tiap kali iklan tu keluaq....nanti banyak plak soalan yang keluar dr mulut dia....gambaran tak senonoh langsung....tak paham cikta..pelakon mimi tu x malu ka dok berlakon macam tu...dok buat tarian tak senonoh macam tu.....pengarah plak orang melayu..nama plak Aidilfitri...tapi dok arah filem x senonoh mcm tu...hmmm manusia sekarang makin hilang perasaan malu kan....





p/s:..klu time-time cikta dulu... nak beli 'pad' pun punya la malu...takut budak lelaki nampak...siap balut paper lagi....sekarang ni...macam-macam iklan pasal 'pad' kat tv....dah jadi cam biasa dah...hmmm..dunia...dunia...makin lama manusia makin hilang perasaan malu.....

Artis Berjaya


Pelakon dan juga suami kepada Vanidah Imran ini telah berjaya mendapat menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari UPM baru-baru ini. Bekas pemain gitar kumpulan The Dead Mushroom ini terpaksa mengharungi jangkamasa yang panjang iaitu selama 7 tahun kerana sibuk dengan penggambaran. “Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem,” katanya kepada akhbar online tempatan, mStar.

Sebagai seorang artis, Rashidi Ishak ingin membuktikan pada dirinya dan keluarga bahawa dia masih mementingkan pelajaran dan kesibukan tidak menjadi alasan untuk lari dari bidang akademik.
“Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran,” ujar Rashidi bangga. Rashidi turut bersyukur dan mahu sampai ke peringkat yang lebih tinggi.

“Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi,” katanya. Selain itu, pengacara Wanita Hari Ini turut menerima ijazah yang sama bersama Rashidi Ishak.

Sumber:Ohbulan

p/s: suka tengok pasangan ni...makin lama makin berjaya...vanida lak makin cantik...moga mereka berbahagia hingga akhir hayat....

Najihah Basuh Pinggan

Assalamualaikum....

Hari ni Cikta nak story pasal dak kecik yang kat umah sorang tu....hari ahad lepas rajin la plak budak kecik ni nak basuh pinggan,,,,dia nak kacau mak dia masak tak boleh....so dia amik kerusi kecik dia tu...panjat atas kerusi....pastu capai pinggan...amik sabun....sibuk le menggosok pinggan...malas nak bagi dia kacau mak masak...so mak pun biar la dia main basuh-basuh tu....hmmm...asalkan jgn kacau mak sudah....tapi dia bukan basuh pinggan yg kotor....tapi dia amik pinggan yang dah bersih dok terap kat para pinggan tu...dia basuh balik...hmmm anak bertuah mcm ni la,....jangan nnt bila dah besaq...masuk dapur pun xmau.....hehehe.......


Rabu, 19 Oktober 2011

Hijau


Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang tinggal dekat kawasan banyak pokok lebih gembira dan mencatat prestasi baik dalam ujian.
  • jalanraya yang dipenuh pokok juga menyebabkan kadar jenayah rendah dan mewujudkan suasana lebih mesra walaupun di kawasan miskin.
  • Tinggal berhampiran dengan taman atau kawasan hijau lain adalah penting bagi fizikal, psikologi dan keadaan sosial manusia.
  • Kajian juga menunujukkan manusia lebih ceria dan menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan jika tinggal dekat kawasan banyak pokok.
  • Alam semula jadi menenangkan manusia dan ia juga membantu memulihkan psikologi mereka. Mereka lebih baik dalam berhadapan dengan cabaran yang mendatang kata Profesor Farnces Kuo dari Universiti IIlinois yang mengetuai kajian berkaitan kesan pokok dan kawasan taman.
  • Tanamlah pokok yang bersesuaian di kawasan rumah terutamanya sayur-sayuran, ulam atau pokok-pokok bunga yang berbunga wangi.



Semoga kehidupan kita lebih ceria dari semalam.
sumber:mediktv

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam








1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.



4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.



5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.



6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.



7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
 



Ya allah...banyaknya ganjaran pahala yang allah berikan pada wanita yang mengandung.....Cikta pun tengah berusaha nak tambahkan zuriat ni...moga allah berikan rezeki pada kami sekeluarga.....amin...

Miss the feel of vintage photos from ur photo albums? Bring back the good old days with #OlympusContest !

Miss the feel of vintage photos from ur photo albums? Bring back the good old days with #OlympusContest !

Khamis, 13 Oktober 2011

Najihah dan Inai

Suka betul anak cikta ni dengan inai...sebelum ni habis lipstik cikta yang jadi mangsa dia buat inai....macam dalam post kat SINI .....kebetulan ahad lepas kami pergi rumah mak sedara hubby cikta, anak-anak dia semua dok pakai inai...apa lagi menyibuk la mek kecik ni....so cikta bagi je la dia pakai just kat tangan....pastu bila on the way balik....atas kereta dia cakap nak pakai inai kat kaki lak....tak henti-hentri mintak cikta belikan inai macam inai kat umah mak sedara hubby tadi...nak tak nak terpaksa la pegi cari jugak....kalau tak meraung lama la budak tu...

Lepas je dapat inai...sampai tak berenti la plak dok menempek inai....tengok la ni....Dah nama pun pompuan kan..kecik-kecik pun dah minat nak melawa...hmmmm




Cikta Makin Gemuk...Huhuhu

Seronoknyer cikta bila tengok orang badan maintain jer....badan slim-slim jer....pakai baju kurung biasa pun dah nampak cantik....nak jalan pun ringan je rasa....cikta ni makin hari makin naik plak badan ni...Nak buat macam mana...selera makan tak pernah berkurang ni...teringin jugak nak rasa macam mana rasanya tak lalu nak makan....seingat cikta x pernah la rasa tak lalu...demam ke, mengandung ke..dalam pantang ke...berselera jer...makan dengan ikan kering pun sodap....hmmm nikmat allah bagi kan...cuma tak bestnya...x larat nak bawak badan ni...badan berat nak jalan pun dah jadi malas.....bila la cikta nak boleh dapat kurus macam dulu balik?????hmmmm.

Keluarga Sakinah

Rabu, 12 Oktober 2011

Make Over

Hmmm...minggu ni cikta habiskan dengan make over blog ni...banyak benda yang cikta tak tau rupanya..biasalakan...baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia blogger ni...xpa la...kita update pelan-pelan la...so kira ni final touch up la blog ni..klu nak make over lagi pun lain kali agaknya...dah agak berpuas hati la...tu dari pandangan cikta sendiri la...orang yang tgk tak tau la nampak cantik ka tak....kira ok la tu yer....sudi-sudi ler komen blog cikta ni...ok ke tidak....

Khamis, 6 Oktober 2011

Kami...

Ingat masa kecik-kecik.... bahasakan diri ngan kawan-kawan guna perkataan "kami"...memang tak reti cakap aku pun....sekarang kalau kat opis lak bahasakan diri kak atau saya...hmmm..cuma tulis dalam blog ni je guna aku...so lepas ni nak tukaq balik la...rindu plak nak cakap 'kami'...so pas ni nak bahasakan diri cakap 'kami' atau cikta la...ingat masa dulu-dulu..hhmmm.

Jasa Ibu.....


AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood 
(Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Sedih baca sajak ni...waktu aku kecik...waktu mak sihat dan masih kuat,..aku  tinggal bersama mak....tapi bila aku dah dewasa....mak pun dah semakin tua.....aku tak dapat selalu berada disisi mak....demi mencari rezeki...aku terpaksa berjauhan dengan mak...syukurlah pada sesiapa yang tinggal dekat dengan mak...yang dapat berada disisi mak selalu....bertuah adik aku azira sebab dia dapat berada disisi mak dan ayah setiap hari.....


Sayangi kedua ibu bapa sepenuh hati selagi mereka masih disisi...

Rabu, 5 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir Mak....

Semalam...tanggal 4 Oktober 2011 adalah ulangtahun kelahiran mak yang tersayang....memandangkan aku kerja luar tak dapat le nak update semalam....kebetulan mak ada kat sini. Mak datang tolong jaga anak aku ...sebab aku kena pegi audit luar....so ...balik tu ..akuplan nak belanja mak makan-makan....tapi biasala....mak tak mau plak..mak kata membazir lak nnt sebab baru lepas makan nasi...hmmm.....xpa la...lain kali leh belanja lagi...

So, kesempatan ni mak..cheq nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran mak yang ke 55 tahun,,,,semoga mak panjang umur...murah rezeki, sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi allah selalu....dan semoga mak selalu bahagia dengan anak-anak mak ni....kami sayang mak....


My Mom & Dad



p/s: sedih rasanya..mak dah makin tua....huhuhu...semoga beliau sentiasa dilindungi dan dirahmati allah selalu....