Pengikut

Khamis, 20 Oktober 2011

Artis Berjaya


Pelakon dan juga suami kepada Vanidah Imran ini telah berjaya mendapat menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari UPM baru-baru ini. Bekas pemain gitar kumpulan The Dead Mushroom ini terpaksa mengharungi jangkamasa yang panjang iaitu selama 7 tahun kerana sibuk dengan penggambaran. “Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem,” katanya kepada akhbar online tempatan, mStar.

Sebagai seorang artis, Rashidi Ishak ingin membuktikan pada dirinya dan keluarga bahawa dia masih mementingkan pelajaran dan kesibukan tidak menjadi alasan untuk lari dari bidang akademik.
“Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran,” ujar Rashidi bangga. Rashidi turut bersyukur dan mahu sampai ke peringkat yang lebih tinggi.

“Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi,” katanya. Selain itu, pengacara Wanita Hari Ini turut menerima ijazah yang sama bersama Rashidi Ishak.

Sumber:Ohbulan

p/s: suka tengok pasangan ni...makin lama makin berjaya...vanida lak makin cantik...moga mereka berbahagia hingga akhir hayat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan