Berikut beberapa tips disiplin anak kecil yang mungkin dapat membantu ibu bapa :
Belajarlah berkata tidak kepada si kecil dengan cara yang tenang tetapi menunjukkan ketegasan. Berusaha menghindari kemarahan. Jika ibu berkata tidak dengan marah, maka si kecil pun akan melawan dengan marah. Ibu bapa harus tegas, tenang, tanpa teriakan dan kemarahan.
Apabila si kecil melakukan kesalahan, tunjukkan bahawa dia salah dan akibat dari kesalahannya apa yang harus ditanggungnya. Memarahinya dan kemudian meninggalkan begitu saja akan membuat anak merasa dipinggirkan.
Konsisten dengan apa yang ibubapa terapkan. Konsistenlah dengan peraturan yang ibu bapa buat sendiri, sekalipun si kecil merengek-rengek. Jika ibu bapa tidak konsisten dengan peraturan, anak akan mencuba lagi dengan cara yang sama. Hal itu hanya akan membuat ibu bapa bergelut dari tahun ke tahun dengan masalah displin anak.
Jika setiap kali anak menangis merengek dan ibu bapa menuruti kemahuannya, masalah dispilin ini akan berlarutan tanpa penyelesian dan menjadi lebih rumit dan terbawa hingga anak jadi besar. Ibu bapa harus tahu bagaimana menjadi tegas dengan permintaan2 anak.
Disiplinkan si kecil dengan kasih sayang, dalam lingkungan yang membuatnya tetap merasa selesa sekalipun ketika anak buat kesalahan. Jangan mendisiplinkan anak dengan marah sepanjang masa, mungkin anak akan menurut, tapi bukan kerana ia mengerti apa kesalahnya dan bagaimana memperbaiknya, tapi hanya kerana si kecil takut didenda dan dimarahi ibu bapa.
Biarkan anak belajar memilih baju warna apa yang mau dia ingin pakai, makanan apa yang anak ingin makan selama minggu. Hal ini akan membuat si kecil merasa di hargai sehingga anak dapat belajar menghargai pilihan2 ibu bapa untuknya.
Beri anak penghargaan atau hadiah kecil atas setiap perbuatan terpuji atau kelakuan baiknya. Hal ini akan mendorongnya untuk menjadi lebih baik hari demi hari.
[Ibubapa Cemerlang]
p/s: cikta pun kena cuba ni..cuma kekadang tak dapat nak kawal kemarahan..hmmm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan