Dah lama aku tak jejakkan kaki kat pasar seni...hari tu masa hantar adik kat pudu tgk dari jalan pasar seni dah lain dah..banyak dah perubahan...5 tahun dulu situ la tempat aku habiskan masa...kalau boring..mesti keluar pegi lepak kat pasar seni...dok kat situ tak boring sebab boleh tgk seniman jalanan..kalau dulu banyak penyanyi-penyanyi jalanan kat pasar seni tu..sekarang tak tau la ada lagi ka tak...best jugak tgk orang-orang tu nyanyi....sambil-sambil tu dok peghati gelagat-gelagat manusia yang macam2 ragam....entah bila la boleh jejakkan kaki kat situ lagi..dah ada anak kecik ni macam tak berapa nak sesuai bawak pi dok kat situ...rindunya nak pi jalan-jalan kat situ....
Selasa, 31 Mei 2011
Jumaat, 27 Mei 2011
Mee Kolok
First time dengaq nama Mee Kolok...maklumla..cheq ni jarang pi jalan-jalan cari makan...tu yang x tau tu...kalau orang sarawak gerenti tau kan..tadi pusing2 kat pameran hari belia tu..ada satu stall jual laksa sarawak dan mee kolok...sbb tgk ramai org dok beli...cheq pun rasa teringin gak nak rasa camna...,,,rasa x sabaq nak balik opis nak makan...
Bila makan...hehehe....x kena ngan selera cheq la...rasa camna pun xtau nak cerita,,,lebih kurang macam mee claypot kot...mee tu pun cheq x suka...maklumla orang kampung..layan nasik ngan sambal belacan ja..hahaha..try nak habiskan gak mee kolok tu,,,try punya try...xlepas gak nak habiskan..mintak maaf la mee kolok no...bukan saja nak buang,,tapi cheq dah xlepas nak telan dah...huhuhu...
Isnin, 23 Mei 2011
Hari minggu yang boring
Boring betoi hari minggu hari tu..xde benda nak buat...dok umah ja..x pi mana2 pun...asyik ngadap tv ja...nasib baik najihah ada jadi peneman...suka la dia...asyik kena berkepit ja ngan dia...nak mandi pun susah..nak masak pun susah...semua dia nak ikut...sabaq ja la..so mandi pun cepat2..masak pun ringkas2 ja.....mek kecik tu dok kacau....yang selebinhya masa cuti di isi ngan aktiviti tidoq.......nak bagi anak tidoq..ngan mak sekali dibuai mimpi...hahaha....Puas tidoq lama...
Kenangan Bersamamu....
Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...
( ulang korus )
![]() |
| Hari Raya Aidilfitri 24 Oktober 2006 |
![]() |
| Malam Pernikahan Kami 17 Oktober 2007 |
Kenangan terindah bersama opah tersayang sentiasa terpahat dihati.....
Jumaat, 20 Mei 2011
Aku Takde Keje
Haish...boring gak no kalau xdak keja...dalam minggu ni mai opis dok ngadap tenet ja..xdak keja..nak wat camna..bukan saja xmau buat keja..tapi mmg dah xdak keja..rasanya sepanjang hari dok ngadap facebook ja...ngadap lama2 kat facebook naik boring gak....tapi bila dah xdak keja ni...malas makin menjadi2....sabaq ja la
Rabu, 18 Mei 2011
Ciri-ciri Wanita Syurga
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Sumber: Majalah Iluvisam
Petua Lagi
1) Mengelakkan rambut gugur
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
2) Masalah rambut kering
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.
3)Rambut berminyak
Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. Insya-Allah masalah rambut minyak akan dapat diatasi.
Sumber: Majalah Dara.com
Langgan:
Catatan (Atom)



