Selalunya kami akan tengok drama kat TV3 ja...tapi sebenarnya drama-drama yang disiarkan kat TV1 dan TV2 pun best2 jugak..hari tu masa pegi jalan2 kat rumah makcik...makcik pasang drama TV1...tapi x ingat dah tajuk crita tu apa..tapi bagi kami best la cerita tu...cerita ni mengisahkan seorang lelaki cina yang tidak menganut apa2 agama..kira dia tak percaya apa2 agama pun...free thinker kot..camtu la..depa suami isteri x percaya agama..satu hari dalam perjalanan dia terlanggar seorang tukang sapu tepi jalan...dan lelaki yang dia langgar tu meninggal dunia...atas rasa bersalah dia mengambil isteri lelaki tadi menjadi pekerjanya...sejak kejadian itu dia mula berminat untuk mengenal agama islam...dia menyediakan kelengkapan solat dipejabatnya dengan bantuan isteri lelaki yang dilanggar tadi...dan sejak itu dia mengenali abang kepada isteri yang dilanggar tu...kebetulan abang perempuan tu alim lar...
Part yang paling kami xleh lupa...part perbahasan antara lelaki cina tu dengan abg perempuan tadi berhubung teori darwin..teori yang mengatakan manusia berasal dari beruk yang lama kelamaan menjadi manusia...kiranya penulis skrip dan pengarah cerita ni pandai jugakla..dengan ringkasnya abg perempuan tu cakap..motor dia bertukar jadi kereta...(lebih kurangla..hehehe...nak tulis balik ayat sebenar dah x reti)....lelaki cina tu jawab biar betul..mana boleh motor bertukar menjadi kereta tanpa ada org yang merubahnya,,,abg perempuan tu plak jawab...macamtu la jugak kejadian manusia...mana logik beruk berubah menjadi manusia tanpa ada kuasa yang merubahnya iaitu yang maha kuasa allah taa'la..lelaki cina tu terus terdiam..mungkin terfikir sejenak...hehehe
Sejak itu,,lelaki cina ni makin kuat nak pelajari islam...akhirnya dia memeluk islam juga dan terpaksa meninggalkan isteri tercinta kerana berlainan agama...begitulah kesudahannya...tapi best la mesej dalam cerita tu..
Satu lagi kami suka sangat tgk drama2 terbitan Murali Abdullah,,,mmg cerita dia mesti ada contoh tauladan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan