Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, 21 Januari 2013

Makanan yang Merangsang Penurunan Berat Badan


Hari ni Cikta nak kongsi serba sedikit info pasal pemakanan.. Maklumat ni Cikta dapat daripada kursus kesihatan hari tu….Kursus yang dijalankan oleh BioFitness Doctors….kalau berminat boleh cari FB ni…

Dalam kursus tu ada terangkan bab-bab pemakanan ikut sunnah rasulullah….Sangat menarik…Ni salah satu maklumat yang doktor2 ni bagi berkaitan makanan yang merangsang penurunan berat badan mengikut jenis darah…….kalau ikut note ni dalam BI..tapi Cikta translate la sikit-sikit guna google translate.... senang nak ingatkan…Cikta pun tak faham sangat…

Darah Jenis A
1) Minyak Sayuran- Mencegah pengekalan air dan membantu pencernaan
2) Soy Foods- Meningkatkan kadar metabolisma badan dan membantu pencernaan
3) Sayur-sayuran-Membantu pencernaan dan meningkatkan mobiliti usus
4) Nenas- Meningkatkan penggunaan kalori dan mobiliti usus.

Darah Jenis B
1) Sayuran Hijau - Membantu metabolisma
2) Daging, hati-Membantu metabolisma
3) Telur/Produk Tenusu Rendah Lemak- Membantu metabolisma
4) Licorice Tea- Kurangkan paras kandungan gula dalam darah

Darah Jenis AB
1) Tofu - merangsang metabolisma dengan efisien
2) Makanan Laut - menggalakkan metabolisma dengan efisien
3) Produk Tenusu - memperbaiki daya pengeluaran insulin
4) Sayuran Hijau - memperbaiki metabolisma dengan efisien

Darah Jenis O
1) Daging Merah - merangsang metabolisma 
2) Brokoli, bayam, Kubis duan-merangsang metabolisma
3) Makanan Laut, kelp( ikan) - Mengandungi iodin dan merangsang pengeluaran                   
hormon thyroid
4) Hati - merangsang metabolisma..

Harap info ni berguna la yer...sharing is caring...tata,..titi..tutu...

Cikta



Jumaat, 11 Januari 2013

JPN Putrajaya


Hari ni Cikta nak kongsikan pengalaman Cikta berurusan dengan JPN Putrajaya..ceritanya ic suami cikta hilang,,MYKID anak pun hilang gak..,,kami pun pegi ke JPN yang terdekat dengan umah iaitu JPN Cawangan Puchong…Kami pegi jam 1.30 pm..time rehat la..datang awal tu sebab nak amik nombor giliran awal la…tapi waktu tu pun dah ramai orang menunggu di luar…. pukul 2 opis JPN tu bukak…buat penat je berebut…ingatkan blh dapat nombor cepat…rupa-rupanya pelanggan yang amik nombor pagi tadi pun belum habis…kena sambung waktu petang plak…kalau ikutkan nombor yang kami dapat tu…ada 60 orang lagi belum siap…mak aiii…pukul berapa nak tunggu…memandangkan Puchong tak jauh dah dengan Putrajaya…jadi kami pun gerak le nak pegi JPN Putrajaya….

Rupa-rupanya JPN Putrajaya ni tak tutup pun kaunter pada waktu rehat…kalau tau dari awal terus je kami pegi putrajaya…so kalau sesiapa yang masih belum tau…kaunter JPN Putrajaya beroperasi pada waktu rehat..hari sabtu ahad pun buka dari jam 9.00 am hingga 2.00pm…senangkan nak berurusan..

Waktu Operasi....

Dari atas

Sampai je terus ke kaunter pertanyaan dan amik nombor…yang bestnye JPN Putrajaya ni…tempat dia besar…lepas tu diasing-asingkan ikut urusan…kalau nak buat IC aras 2..kalau berkaitan dokumen anak kat aras 3…kaunter plak buka banyak…bak kata proses memang cepat la…tempat plak selesa...kalau bawak anak pun xde masalah sebab kat aras 2 tu ada playground...sambil tunggu anak2 boleh main kat situ...

Banyak tingkat

Anak-anak boleh main sini

Lepas dapat nombor tak sampai 10 minit dah dipanggil...memandangkan IC hilang so kena la denda..kali pertama hilang denda RM110, kali kedua RM210, kali ketiga hilang RM310...kali keempat tak tau plak kena apa..hehehe...tapi hari tu bukan kena bayar sampai RM110 pun...leh buat rayuan...so kena bayar RM60 jer...ok la tu kan....pastu esoknya dah boleh amik IC tu sebab kami dah pegi petang...kalau dari pagi mungkin beli siap hari yang sama agaknya..

Dah alang-alang pegi...urusan cepat...Cikta pegi aras 3 untuk buat gantian MYKID anak...proses ni lagi cepat...amik nombor giliran..tunggu sampai nombor dipanggil..selepas urusan...tak sampai 15 minit nama dah dipanggil untuk ambil MYKID yang baru..tanpa kenakan apa-apa bayaran....cepat betul....tak rugi la pegi buat urusan kat situ...

So, sesiapa yang tinggal berdekatan ngan Putrajaya tu dicadangkan pegi la ke JPN Putrajaya untuk berurusan...tak payah la nak bersusah payah buang masa tunggu lelama macam kat JPN Puchong tu....isi minyak lebih sikit takpe janji jimat masa dan selesa...betul tak????

Yang tak bestnyer Cikta kena saman trafik plak hari tu sebab parking tepi jalan...huhuhu...ingatkan boleh parking situ sbb tgk banyak kreta park...rupa-rupanya tak boleh....beramai-ramaila kami bayar saman nanti....Nak buat camne..takde rezeki kan...

Khamis, 27 Disember 2012

Bagus Makan Pedas

Baguih rupanya makan cabai ni...tak percaya??? jom baca ni.....

1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.
2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.


Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

 5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.
 6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.
Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

 7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

Jumaat, 14 Disember 2012

Social Media

Baru-baru ni Cikta join kursus berkaitan knowledge management...Kursus ni lebih menumpukan kepada knowledge sharing....dalam kursus tu lecture ada kongsikan satu video menarik berhubung social media...jadi Cikta rasa nak kongsi kat sini..mana tau kan ada sesiapa yang belum tgk lg video ni...menarik gak...Jom tonton..

Klik sini Social Media

Khamis, 13 Disember 2012

Fakta Susu Ibu


Semalam Cikta ada baca Harian Metro..Ada ditulis mengenai Penyusuan Susu Ibu...Rasa macam menarik So Cikta nak kongsi kat sini....


Nak lebih jelas baca kat sini yer...
  • Khasiat dalam susu ibu mengatasi segala khasiat yang disediakan dalam susu formula sedia ada di pasaran.
  • Si ibu perlu menyusukan anaknya dengan susu ibu selama 6 bulan secara eksklusif dan meneruskanya sehingga dua tahun di samping makanan tambahan bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat makanan tambahan pula hanya dimulakan ketika anak berumur 6 bulan ke atas.
  • Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi serta mudah dihadam dan digunakan bayi dengan berkesan.
  • ia juga berupaya melindungi si bayi daripada penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
  • Bagi bayi yang dilahirkan pramatang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi terbabit kerana ia kurang laktosa, lebih protein, laktoferrin, dan imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.
  • Penyusuan susu ibu juga menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
  • Penyusuan susu ibu berupaya membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu.
Sekian....


Memang banyak kelebihannya kan  bila menyusukan anak...so...jom teruskan penyusuan anak yer....Tak rugi pun...untung lagi...

Isnin, 10 Disember 2012

Main Game Dapat Kereta??? WOW


Bestnyer...main game boleh dapat kereta??? Betul ke?? nak tau betul ke tak baca lah sendiri yer...

Klik Sini...


campaign image

Jumaat, 7 Disember 2012

Sale..Sale..Sale...HLK

Sapa-sapa yang tinggal berdekatan Kota Kemuning..moh ler ke jualan warehouse HLK...murah-murah barang letrik kat situ....potongan sehingga 70%..Tak cayer??? hmmm...try datang TENGOK SINI...
Al -kisahnya kilang HLK ni dekat ngan umah Cikta...apa lagi..sapa-sapa berminat esok leh pi terjah no.....

Jumaat, 30 November 2012

DOA AMALAN SUPAYA MUDAH BERSALIN.






Lagi satu doa yang perlu diamalkan



Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan engkau (ALLAH) , maha suci engkau Ya ALLAH, Sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang-orang yang zalim.

Lepas tu baca la zikir-zikir yang kita ingat supaya kita boleh lupa sekejap rasa sakit bersalin tu dengan bacaan zikir.

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.



LIKE jika anda rasa info ini berguna untuk anda
SHARE jika anda rasa ingin berkongsi info ini :)

p/s: info dari www.mumdreams.com.my dan google

Rabu, 28 November 2012

Gambar Pelakon Kanak-kanak Kuch Kuch Hota Hai Bila Dewasa




Anjali kecil adalah salah satu watak yang popular dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Pelakon kanak-kanak tersebut ialah Sana Saeed dan memegang watak Anjali anak kepada Rahul (Shah Rukh Khan) dan Tina (Rani Mukerji)
Bagaimana rupa Sana Saeed setelah 14 tahun berlalu ?

Lain kan?

p/s: copy story from http://www.myinfo101.com/2012/11/gambar-pelakon-kanak-kanak-kuch-kuch.html

Rabu, 14 November 2012

Jumaat, 4 November 2011

Jom Tambah Duit....

Assalamualaikumm.....

Info ni berguna kepada sesapa yang ingin dapatkan Side Income dengan cara berblog....apa kata mari kita sama-sama iklankan kat page blog kita...dalam kita berceloteh boleh gak dapat side income....Macam mana nak buat? Cikta pun amik info ni dari member Cikta...kalau sape-sape berminat nak join...leh tgk tutorial member Cikta kat sini...Klik ler kat sini yer





















p/s: Cik Ayu..jangan marah yer...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kena Baca Ni



1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Sharing Is caring....