Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Khamis, 20 Oktober 2011

KLIP 3GP

Cikta tak tengok pun cerita ni...tapi bila ada dok iklankan kat TV jadi cikta tengok la jugak  iklan tu...tengok iklan je pun dah rasa malu,,,macam mana kalau org yang pegi tengok kat panggung tu...hmmm....apa motifnya depa dok buat filem macam tu???,,,...,cikta ada anak kecik...anak tengah membesar....jenuhla nak kalih tv tiap kali iklan tu keluaq....nanti banyak plak soalan yang keluar dr mulut dia....gambaran tak senonoh langsung....tak paham cikta..pelakon mimi tu x malu ka dok berlakon macam tu...dok buat tarian tak senonoh macam tu.....pengarah plak orang melayu..nama plak Aidilfitri...tapi dok arah filem x senonoh mcm tu...hmmm manusia sekarang makin hilang perasaan malu kan....





p/s:..klu time-time cikta dulu... nak beli 'pad' pun punya la malu...takut budak lelaki nampak...siap balut paper lagi....sekarang ni...macam-macam iklan pasal 'pad' kat tv....dah jadi cam biasa dah...hmmm..dunia...dunia...makin lama manusia makin hilang perasaan malu.....

Artis Berjaya


Pelakon dan juga suami kepada Vanidah Imran ini telah berjaya mendapat menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari UPM baru-baru ini. Bekas pemain gitar kumpulan The Dead Mushroom ini terpaksa mengharungi jangkamasa yang panjang iaitu selama 7 tahun kerana sibuk dengan penggambaran. “Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem,” katanya kepada akhbar online tempatan, mStar.

Sebagai seorang artis, Rashidi Ishak ingin membuktikan pada dirinya dan keluarga bahawa dia masih mementingkan pelajaran dan kesibukan tidak menjadi alasan untuk lari dari bidang akademik.
“Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran,” ujar Rashidi bangga. Rashidi turut bersyukur dan mahu sampai ke peringkat yang lebih tinggi.

“Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi,” katanya. Selain itu, pengacara Wanita Hari Ini turut menerima ijazah yang sama bersama Rashidi Ishak.

Sumber:Ohbulan

p/s: suka tengok pasangan ni...makin lama makin berjaya...vanida lak makin cantik...moga mereka berbahagia hingga akhir hayat....