Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Hargai Ibu Selagi Masih Ada

Mak lah segala-galanya....sunyi bila mak dah takdak....walaupun dah ada family sendiri...mak tetap jadi orang terpenting...bila mak dah tak ada...buntu rasa....takda tempat mengadu....ada perkara yang boleh dikongsi dengan suami..ada perkara yang boleh kongsi dengan kawan....tetapi bila dari kecik biasa dengan mak ja...jadi hilang punca...banyak perkara yang perlukan nasihat mak....sedihnya........Rindu sangat-sangat kat arwah mak.....semoga emak tenang dan damai disana....hargailah emak selagi masih bernyawa


Sumber: facebook

Rabu, 12 Disember 2012

Sejuk Mata Memandang...


Subhanallah...cantiknya pemandangan gambar ni kan....sejuk mata memandang....Jom layan alam ciptaan allah...

Kat dunia dah cantik macam ni..kalau kat syurga mesti lagi-lagi cantik kan allah buat...



Jumaat, 23 November 2012

Subhanallah...



"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketubang yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Selasa, 17 Januari 2012

Kelebihan Bismillah


Lafaz Bismillah...


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Jumaat, 25 November 2011

Azimat Ayat Kursi






Kelebihan Membaca Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua

sisi 

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu 

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat 

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ... 

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap

orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari

kiamat.. wallahualam





Jumaat, 28 Oktober 2011

Mari Kita Beramal

Bulan Zulhijjah dah datang...banyak amalan-amalan yg boleh kita buat untuk menambahkan pahala kita,,,Marilah kita sama-sama beramal yer...


Amalan-amalan utama  yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Sumber: copy & paste from http://zaharuddin.net

Rabu, 19 Oktober 2011

Hijau


Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang tinggal dekat kawasan banyak pokok lebih gembira dan mencatat prestasi baik dalam ujian.
  • jalanraya yang dipenuh pokok juga menyebabkan kadar jenayah rendah dan mewujudkan suasana lebih mesra walaupun di kawasan miskin.
  • Tinggal berhampiran dengan taman atau kawasan hijau lain adalah penting bagi fizikal, psikologi dan keadaan sosial manusia.
  • Kajian juga menunujukkan manusia lebih ceria dan menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan jika tinggal dekat kawasan banyak pokok.
  • Alam semula jadi menenangkan manusia dan ia juga membantu memulihkan psikologi mereka. Mereka lebih baik dalam berhadapan dengan cabaran yang mendatang kata Profesor Farnces Kuo dari Universiti IIlinois yang mengetuai kajian berkaitan kesan pokok dan kawasan taman.
  • Tanamlah pokok yang bersesuaian di kawasan rumah terutamanya sayur-sayuran, ulam atau pokok-pokok bunga yang berbunga wangi.



Semoga kehidupan kita lebih ceria dari semalam.
sumber:mediktv

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam








1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.



4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.



5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.



6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.



7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
 



Ya allah...banyaknya ganjaran pahala yang allah berikan pada wanita yang mengandung.....Cikta pun tengah berusaha nak tambahkan zuriat ni...moga allah berikan rezeki pada kami sekeluarga.....amin...

Rabu, 21 September 2011

Amalan sunnah yang baik sebelum tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, iaitu:  
          1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
          2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
          3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
          4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

Rasulullah saw tersenyum dan bersabda :  
1)    "Sebelum engkau tidur, bacalah : Al Ikhlas seolah-olah kamu telah mengkhatamkan Al Qur'an.     
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Qulhuallaahu ahad' Allahusomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2)    Bacalah salawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat kelak.     
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii  syaidinaa Muhammad (3x)

3)    Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.      
Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

 4)    Dan, perbanyakkanlah kamu akan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"     
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x)     

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Rabu, 18 Mei 2011

Ciri-ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Sumber: Majalah Iluvisam

Sebagai Panduan

Hadis dan falsafah - PAHALA ISTERI

“Wanita mudah masuk syurga, malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka”…mana satu pilihan kita wahai Muslimah?  Allah itu sememangnya Maha Pemurah, Maha Pemberi. Dia yang Maha Agung, tidak ada satu pun yang mampu melawan-Nya.

Bergelar wanita, isteri dan ibu… sememangnya perkara mulia di sisi Allah. Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala berlipat ganda. Berusahalah agar menjadi wanita sejati, ibu mithali dan isteri solehah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Ya, Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya (suami), Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian sirat”

Ya allah...mudahnya seorang isteri mendapat pahala...mari ramai-ramai kita kumpul pahala no....

Sumber: Majalah Nur