Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Opah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Opah. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Kami Rindu

Kami rindu
Kami rindu untuk menatap wajahmu..
Kami rindu untuk mengucup pipimu...
Kami rindu akan gelak tawamu...
Masih terbayang lagi...

Tapi sayang..kini tiada lagi pah disisi...
Pergimu tanpa disangka...
Allah lebih menyayangi mu...

Namun kami bersyukur....
Pergi mu dalam keadaan yang tenang...
Terpancar nur diwajahmu...
Jenazah mu seperti sedang tersenyum...

Kami juga bersyukur...
Kami sempat mengucupmu buat kali terakhir...
Wajahmu bersih...harum...wangi...

Kami anak cucu amat merinduimu...
Semoga Opah tenang disana...

Ya allah...kau tempatkanlah opah kesayangan kami di tempat hamba-hambamu yang beriman...
semoga roh beliau dilimpahi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang kau sayang...amin

Semoga kami dapat bertemu kembali di alam sana...amin....






Gambar ini diambil pada 25 Disember 2011
 


Jumaat, 6 Mei 2011

Opah

Semalam doktor dah tebuk kat tepi belakang dada pah...mak kata buang air dalam paru2 pah dekat 1 jag doktor sedut bawak keluaq...ngeri ja dengar..mesti sakit allah saja yang tau...keadaan pah stabil semalam...tapi katanya masih ada lagi air kat paru-paru pah...

Pagi tadi call adik tanya keadaan pah...katanya dah  boleh baring...cuma hose yang doktor masukkan dat dalam badan tu doktor x cabut lagi...kesiannya kat pah...rasa x sabaq nak balik tgk pah...andainya aku halimunan...nak ja aku menjelma kat hospital kulim tu dgn cepat..tapi apakan daya..aku hanya manusia biasa....

Pah...dah lama kami tak rasa masakan pah..pah masak sedap...xdak sapa boleh masak sedap mcm pah masak...walaupun resepi yang sama..air tangan pah jugak yang sedap....semoga pah cepat sembuh....kami semua sayang sangat kat pah....

Rabu, 4 Mei 2011

Opahku Sayang


Hari ni masuk hari ke-5 pah masuk hospital kulim. Sedih tengok keadaan pah yang sukar bernafas. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...sampai pah sendiri yang mintak dihantar ke hospital..sedangkan pah yang selama ni mmg takut sangat kalau nak pegi hospital..kali dia pah sendiri yang mintak nak pg hospital..mmg pah dah x boleh tahan...mana taknya...x boleh nak baring...asyik duduk ja..baring lagi xboleh bernafas..sampai hampir seminggu pah x boleh tidur...muka pucat ja...

Doktor cakap pah sakit sebab paru-paru berair..doktor ckp kena sedut buang air dalam paru-paru baru boleh bernafas dgn elok..2/5/2011 hari tu doktor dah sedut buang air dari paru-paru pah. Banyak jugak..alhamdulillah..pah nampak sihat sikit...pah kata mudah sikit nak bernafas...kami semua senang hati tengok pah dah semakin sihat...alhamdulillah..

Tapi hari ni call adik tanya pasal pah..dia cakap pah jadi balik...adik cakap pah nak kena tebuk plak nak amik air dari paru-paru tu...kesiannya pah terpaksa lalui semua ni...Ya allah...lindungilah opah kami..sembuhkanlah penyakit beliau ni seperti sedia kala....amin...

Macam ni la keadaan Pah...duduk ja...x boleh nak baring

Walaupun susah bernafas nak lagi bersembang...

Opah yang kami sayang....

Dah hampir 2 minggu Pah dok camni ja x boleh baring...