Hari jumaat lepas cikta dok google nak cari lirik lagu pengantin bersanding...cari lirik ni sebab nak main kompang sempena kenduri sepupu kawin hari ahad tu....punya la susah nak cari lirik lagu ni....xdak rupanya...yang ada cuma video kat youtube...
Disebabkan susah nak dapat lirik lagu ni...Jadi Cikta nak kongsi la kat sini..mana tau kan ada lagi orang-orang yang memerlukan macam cikta ni,,,,nah... amik ja kat sini...
AAAAAAA…
Selamat bersanding,
Pengantin baru,
Di atas pelamin,
duduk berdua
Suami isteri yang
amat perlu
Rukun maufakat hingga
ke anak cucu.
Cantiklah sungguh,
muda jauhari,
Kedua pengantin,
suami isteri,
Duduk seperti raja dan
puteri
Sahabat saudara kanan
dan kiri,
Selamat pengantin
baru,Kami ucapkan,
Dipanjangkan jodoh,
Selamat berkekalan,
AAAAAAAAAAA
Suami isteri muda
belia
Seperti pinang
dibelah dua
Hidup sepakat sehati
sejiwa
Semoga kekal sehingga
ke tua
Wahai pengantin suami
isteri
Aman dan damai setiap
hari
Sama bersabar saling
menghormati
Berkasih sayang kekal
abadi
Selamat pengantin
baru,Kami ucapkan,
Dipanjangkan jodoh,
Selamat berkekalan,
AAAAAAAAAAA
Aturan kita suami
isteri
Makan dan minum
hendak dicukupi
Salah dan silap harus
dimaafi
Jalan yang selamat
marilah dicari
Suami isteri jangan
keliru
Biarlah sabar tetap
iman mu
Rupa yang cantik hai
jgn diburu
Buruk dan miskin
sudah jodoh mu
Selamat pengantin
baru,Kami ucapkan,
Dipanjangkan jodoh,
Selamat berkekalan.
 |
| Gambaq xdak kena mengena ngan lagu pun...hehehe...saja nak letak |